Thursday, August 5, 2010

PERSIAPAN MENJELANG RAMADHAN

PERSIAPAN MENJELANG RAMADHAN

Soalan:
Ustaz, Apakah persiapan yang perlu dilakukan untuk menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak dan apakah Kesilapan Amal yang sering dilakukan oleh umat Islam di bulan Ramadhan? JazakAllah.

Jawapan:

Bulan Ramadhan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan, malah perlu kita lakukan, sebelum menjelang Ramadhan ialah:
1. Banyak berpuasa di bulan Sya’ban: Menjadi sunnah Nabi s.a.w. banyak berpuasa di bulan Sya’ban. Untuk penjelasan lanjut tentang puasa di bulan Sya’ban, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-bulan-syaban.html) atau blog Artikel al-Qalam (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/08/persiapan-menjelang-ramadhan-siri-2.html).

2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa: Amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara’. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi:
i. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
ii. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
iii. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
iv. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa

Untuk membaca tentang hukum-hakam puasa, sila baca di Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-mukadimah.html).

3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan: Ada di kalangan kita tidak merasa apa-apa dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain; tiba masanya ia datang dan tiba masanya ia berlalu pergi. Punca sikap ini adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan atau kerana mereka melupainya. Kerana itu amat perlulah hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat dan kelebihan Ramadhan dibaca dan diulangkaji kembali sebagai persiapan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Untuk mengetahui sebahagian fadhilat puasa dan bulan Ramadhan, sila baca di blog Artikel al-Qalam; (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/08/persiapan-menjelang-ramadhan-siri-4.html).

4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan: Supaya kita dapat memasuki bulan Ramadhan dengan penuh bersedia untuk memperbanyakkan amalan di bulan keberkatan yang banyak kelebihannya itu, kita hendaklah mengetahui apakah amal-amal ibadah atau amal-amal kebaikan yang digalakkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan di mana pahalanya amatlah besar dan berlipat-ganda. Sila baca amalan-amalan utama ini dalam blog Artikel al-Qalam.


Tinggal 4, 5 hari lagi ... angin Ramadhan dah pun terasa … seronok tak terkata … sana sini dah terdengar ucap selamat menyambut kedatangan RAMADHAN AL'MUBARAK … kat masjid pun suasana dah berubah … hati berdebar gembira …

KEPADA SEMUA SAHABAT … AMPUN DAN MAAF DIMINTA SUPAYA JIWA KITA LEBIH TENANG KALA MENJALANI IBADAH DIBULAN MULIA ...

Semoga Ramadhan tahun ini menyuntik lebih banyak hidayah dan kita kekal mengamalkannya sesudah itu..amin

Tiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir, Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan… maaf atas segala ketelanjuran … Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa …

Buka Puasa.

CUBA kita perhatikan cara dan kerenah orang berbuka puasa setelah seharian berpuasa. Cara kanak-kanak berbeza dengan dewasa manakala lelaki berbeza dengan wanita. Ada yang makan beberapa biji kurma dan meminum segelas air. Selepas itu baru menjamah makanan ringan seperti kuih-muih. Setelah berehat seketika, mereka menunaikan solat Maghrib sebelum sambung semula makan hingga kenyang. Tetapi ada meminum satu atau dua gelas air dan memasukkan semua lauk dalam satu pinggan dan memakannya hingga kenyang. Adakah cara itu yang digalakkan dalam Islam dan bagaimana pula kaitan puasa dari segi kesihatan?

Sebenarnya, pakar perubatan turut mengakui berpuasa mampu menjana kesihatan lebih baik kepada manusia. Ini kerana beberapa perkara akan berlaku disebabkan berpuasa dan ia cukup baik untuk kesihatan seperti pembuangan toksik serta bahan buangan. Toksik dan bahan buangan itu dikeluarkan melalui nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau, dan mungkin juga kerap kencing serta buang air besar selepas beberapa hari berpuasa.

Seseorang yang berpuasa juga mungkin mengalami sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksik keluar daripada lemak ke darah sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selesema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Kaedah terbaik ketika berbuka:

1) Berbuka dengan buah termasuk kurma dan sedikit kuih-muih serta seteguk air.

2) Kemudian solat Maghrib terlebih dulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan.

3) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan kekacang.

4) Kurangkan kadar makanan daripada biasa.

5) Jangan minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak berlaku.

6) Minum air putih, teh herba atau minuman mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak mungkin.

Friday, July 23, 2010

Thursday, July 22, 2010

Salam.


Welcome to my blog.
Just be cool.
I am not eating you.
I am full.

Surah ar-Rahman

Taqwim